KECERIAAN PASUKAN KOMPANG PEMUDA UMNO
& KUMPULAN MARHABAN WANITA KAMPUNG PASIR HULU KELANG
Selamat Berkunjung Ke Blog Surau Al-Falahiyah Semoga Pelawat Berpuas Hati Dengan Entri Yang Dimuat Dan Dipaparkan...
Isnin, 30 Disember 2013
21 BERKHATAN PERCUMA
Lensa Komuniti
Teks, foto: ZAINI ZAA hellobolly@yahoo.com
Teks, foto: ZAINI ZAA hellobolly@yahoo.com
PROGRAM Berkhatan Perdana edisi 2013 anjuran UMNO Bahagian Gombak peringkat UMNO Hulu Kelang dan JKPPP serta Surau al-Falahiyah, sempena musim cuti sekolah tahun ini, baru-baru ini terus diadakan sebagai tradisi tahunan.
Namun pada tahun ini, ibu bapa peserta merasa gembira kerana kos berkhatan dibiayai secara percuma UMNO Bahagian Gombak melibatkan seramai 21 kanak-kanak.
Meskipun ada segelintir kanak-kanak berasa bimbang namun keceriaan tetap terserlah pada wajah mereka.
Majlis berkhatan yang diadakan di Surau al-Falahiyah, Kampung Pasir, Hulu Kelang, dimulai dengan semburan air kenderaan Pasukan Bomba dan Penyelamat yang diketuai pegawai bertugas korporal Sharin Ahmad dari Ampang , Selangor bersama empat ahli bomba lain.
Turut memeriahkan suasana ini kehadiran Ketua UMNO Bahagian Gombak Haji Abdul Rahim Kamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Aidinharis Annual, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Hulu Kelang Bukhari Mohd Thani, Pengerusi Surau al-Falahiyah Haji Badaruddin Aziz, Penasihat Surau al-Falahiyah Haji Mohd Razi Ayop dan penduduk Kampung Pasir, Hulu Kelang, Selangor.
Doktor Haji Mohd Khadzali Omar bersama dua lagi pembantunya dari Klinik Keluarga Dr Haji Mohd Khadzali Lembah Keramat, Kuala Lumpur, diberi tanggung jawab menyempurnakan majlis berkhatan kanak-kanak terbabit.
Menurut Haji Abdul Rahim, maufakat penduduk kampong ini memberi isyarat hubungan yang baik dan berharap kerjasama ini akan berterusan di dalam program-program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Gombak pada masa hadapan.
Pasukan Kompang Remaja dan Marhaban Kampung Pasir, Hulu Kelang terdiri dari 13 Wanita turut menceriakan suasana dengan persembahan menghiburkan orang ramai sepanjang majlis berkhatan ini berlansung.
Langgan:
Catatan (Atom)