Isnin, 30 September 2013

18 PETUA MENGASIHI TEMAN HIDUP ANDA


1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.

3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (I LOVE U 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)

5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.

6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)

7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cintai”.

10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.

11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangannya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.

12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.

13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.

PETUA TAMBAHAN KHUSUS BAGI ISTERI-ISTERI YANG PENGASIH..

14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.

15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.

17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

Isnin, 23 September 2013

Takziah & Al Fatihah

Salam Takziah...

SELURUH warga kariah Surau Al-Falahiyah, Kampong Pasir, Hulu Kelang mengambil kesempatan  menghulur salam   takziah kepada keluarga Akob dengan kehilangan bonda tersayang Zainab binti Sheik Ramli  yang meninggal dunia pada Sabtu, 15 Zulkaedah bersamaan 21 September 2013 lalu.

Bonda Akob selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid al Ridzuan, Hulu Klang pada pagi Sabtu.

Saudara Akob yang juga ketua pemuda Surau Al-Falahiyah dalam mesejnya di Facebook mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketua kampung,b pengerusi surau, nazir masjid, pemimpin masyarakat, ngo, wakil parti politik serta ahli keluarga, ipar duai, sepupu-sepupu, bekas rakan sekolah, rakan sekerja dan rakan fb.  Kepada yang masih ada ibu dan bapa, sayangilah mereka, hormatilah mereka.


Semoga roh bonda Akob iaitu allahyarhamah Zainab binti Sheik Ramli  di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al fatihah.

Erti Hidup Dengan Memberi

TERKADANG ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai. Hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi.

Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperolehi. Namun itulah yang terus dihargai dan diingati. Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai apa yang ada di sisi.

Walau mungkin tampak pada mulanya tidak dihargai. Lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati, sanubari dan diri seseorang.

Ada pepatah pernah menyebut Jadilah seperti pokok Walau dilontar dengan tahi, namun ia tetap memberikan buah dan kebaikan pada hidupan sekeliling.

Ramai yang akan mempersoalkan tentang apakah sumbangan kalian pada yang lain.

Sama ada sumbangan pada orang perseorangan, kepimpinan atau pun persatuan. Namun acap kali inilah yang menjadi persoalan dan bualan orang. Sedarkah kita? Sebelum kita melontarkan persoalan sedemikian.

Cubalah lontarkan persoalan itu kepada diri sendiri.
1. "Apakah sumbangan telah aku berikan pada orang lain?

2. Jangan asyik menuding jari untuk membilang sumbangan orang pada kita, tapi hitunglah dengan jari sendiri apakah sumbangan kita pada orang?

Erti hidup  dengan memberi harus diteladani, walaupun mungkin pada mulanya ia tidak dihargai.

"Jika kamu berbuat kebaikan, maka  kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka kesannya  berbalik kepada diri kamu juga."[Al-Israa' 17: 7]

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :

"Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"

Sedarlah bahawa tiada apa yang akan kekal abadi. Sebelum kita semua melangkah pergi. Persiapkanlah segala bekalan untuk diri. Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari.

Firman Allah swt yang bermaksud :
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"(Al-Kahfi :46)

Sabda Rasulallah saw yang bermaksud :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Semoga erti hidup dengan memberi ini dapat menjadi antara salah satu sumbangan kita yang berterusan selepas kita mati.

Biarlah jasad kita mati pada hari ini, namun segala kebaikan yang kita tinggalkan akan terus memberi kurniaan pahala pada diri kita hingga hari qiamat nanti.

Semoga segala pemberian yang pernah diberi akan menjadi salah satu amal jariah kita yang akan berterusan buat diri sendiri lebih-lebih lagi.

Ibadah Qurban 1434 Hijrah

MAKLUMAN!

IBADAH qurban binatang ternak bagi menyambut Aidil Adha 1433 Hijrah Surau Al-Falahiyah untuk satu sebahagian ialah RM450.00 kini dibuka. Kepada muslimin dan muslimat yang berminat untuk menyertai ibadah qurban pada tahun ini, hubungi Pengerusi Surau Al-Falahiyah, Tuan Badaruddin.

Jumaat, 20 September 2013

12 Nilai keji mesti dijauhi



1 – BERBISIK-bisik sedangkan saudaramu berada di dalam majlis yang sama.
2 – BERCAKAP bohong terhadap saudaramu.
3 – BERPALING muka apabil bertemu dengan saudaramu. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah dengki-mendengki, janganlah benci-membenci dan janganlah belakang-membelakangi tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Riwayat Muslim).
4 – BERMASAM muka.
5 – MENDEDAHKAN aib orang lain kepada umum. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “…Dan sesiapa menutup rahsia (aib) seorang Muslim, nescaya Allah menutupi aibnya di dunia dan di akhirat…” (Riwayat Muslim).
6 – MENGUNGKIT-ungkit akan kebaikan kepada orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan ungkitan dan kelakuan yang menyakiti.” (Surah al-Baqarah: 264).
7 – BERDENDAM.
8 – BERLAKU khianat kepada orang, yakni berlaku curang terhadap amanah saudara kamu.
9 – MENGANGGU keselamatan dan keselesaan hidup jiran. Perbuatan ini amat dicela dalam Islam kerana ia boleh menimbulkan permusuhan sesame kamu. Orang yang bersifat demikian dianggap oleh Rasulullah sebagai tidak beriman.
10 – EJEK-mengejek. Perbuatan ini amat dilarang dalam Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesuatu puak  (daripada kaum perempuan) mencemuh  dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.” (Surah al-Hujurat: 11).
11 – MENDEDAHKAN keaiban orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah setengah kamu mengatakan keaiban setengah yang lain.” (Surah al-Hujurat: 11).
12 – MEMANGGIL orang dengan gelaran yang buruk.

Pesan Dari Ustaz Bob Al-Bukhari


USTAZ BOB AL-BUKHARI
“ALANGKAH ruginya manusia yang dalam satu harinya dia tidak pernah terfikir destinasi akhirnya nanti sama ada ke syurga atau ke neraka. Dan bertaubat setiap kali melakukan kesilapan atau dosa adalah satu perbuatan mulia, namun menghindarkan diri daripada melakukannya adalah lebih utama dari yang lain-lainnya.”

Ruang Solat Dari Sentuhan Ridwan Nasir

BERTAMBAH ceria. Ruang solat Surau Al-Falahiyah mendapat sentuhan cantik dari karya seni Saudara Ridwan Nasir  @ Wan yang bertungkus lumus menyiapkannya sejak beberapa minggu lalu. Insya-Allah menjelangnya kedatangan Aidul Adha pada 15 Oktober ini  nanti, semua kerja-kerja dapat disiapkan. Terima kasih kepada Saudara Wan di atas sumbangan ini. Semoga Allah membalasnya dengan nikmat dan rahmatNya. Amien.

Khamis, 19 September 2013

CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA

CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Pelajar tahfiz pertama Surau Al-Falahiyah 2013

Assalam....pelajar tahfiz Surau Al-Falahiyah Kampung Pasir, Hulu Kelang bergambar bersama penaung Surau Al-FalahiyahHaji  Mohd Razi Ayop, Pengerusi Surau Al-Falahiyah Haji Badaruddin Mansor, Imam Surau Al-Falahiyah Haji Ramli @ Abdul Saen Ahmad dan ahlki jawatan kuasa surau.