Isnin, 23 September 2013

Takziah & Al Fatihah

Salam Takziah...

SELURUH warga kariah Surau Al-Falahiyah, Kampong Pasir, Hulu Kelang mengambil kesempatan  menghulur salam   takziah kepada keluarga Akob dengan kehilangan bonda tersayang Zainab binti Sheik Ramli  yang meninggal dunia pada Sabtu, 15 Zulkaedah bersamaan 21 September 2013 lalu.

Bonda Akob selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid al Ridzuan, Hulu Klang pada pagi Sabtu.

Saudara Akob yang juga ketua pemuda Surau Al-Falahiyah dalam mesejnya di Facebook mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketua kampung,b pengerusi surau, nazir masjid, pemimpin masyarakat, ngo, wakil parti politik serta ahli keluarga, ipar duai, sepupu-sepupu, bekas rakan sekolah, rakan sekerja dan rakan fb.  Kepada yang masih ada ibu dan bapa, sayangilah mereka, hormatilah mereka.


Semoga roh bonda Akob iaitu allahyarhamah Zainab binti Sheik Ramli  di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan