Jumaat, 20 September 2013

12 Nilai keji mesti dijauhi



1 – BERBISIK-bisik sedangkan saudaramu berada di dalam majlis yang sama.
2 – BERCAKAP bohong terhadap saudaramu.
3 – BERPALING muka apabil bertemu dengan saudaramu. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah dengki-mendengki, janganlah benci-membenci dan janganlah belakang-membelakangi tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Riwayat Muslim).
4 – BERMASAM muka.
5 – MENDEDAHKAN aib orang lain kepada umum. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “…Dan sesiapa menutup rahsia (aib) seorang Muslim, nescaya Allah menutupi aibnya di dunia dan di akhirat…” (Riwayat Muslim).
6 – MENGUNGKIT-ungkit akan kebaikan kepada orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan ungkitan dan kelakuan yang menyakiti.” (Surah al-Baqarah: 264).
7 – BERDENDAM.
8 – BERLAKU khianat kepada orang, yakni berlaku curang terhadap amanah saudara kamu.
9 – MENGANGGU keselamatan dan keselesaan hidup jiran. Perbuatan ini amat dicela dalam Islam kerana ia boleh menimbulkan permusuhan sesame kamu. Orang yang bersifat demikian dianggap oleh Rasulullah sebagai tidak beriman.
10 – EJEK-mengejek. Perbuatan ini amat dilarang dalam Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesuatu puak  (daripada kaum perempuan) mencemuh  dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.” (Surah al-Hujurat: 11).
11 – MENDEDAHKAN keaiban orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah setengah kamu mengatakan keaiban setengah yang lain.” (Surah al-Hujurat: 11).
12 – MEMANGGIL orang dengan gelaran yang buruk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan