Isnin, 30 Disember 2013

Foto Grup Pasukan Kompang & Marhaban Wanita Kpg Pasir Hulu Kelang

KECERIAAN PASUKAN KOMPANG PEMUDA UMNO
& KUMPULAN MARHABAN WANITA KAMPUNG PASIR HULU KELANG




Suasana Majlis Berkhatan Perdana Kpg Pasir Hulu Kelang 2013

















21 BERKHATAN PERCUMA

Lensa Komuniti
Teks, foto: ZAINI ZAA hellobolly@yahoo.com

PROGRAM Berkhatan Perdana edisi 2013 anjuran UMNO Bahagian Gombak peringkat UMNO Hulu Kelang dan JKPPP serta Surau al-Falahiyah, sempena musim cuti sekolah tahun ini, baru-baru ini terus diadakan sebagai tradisi tahunan. 

Namun pada tahun ini, ibu bapa peserta merasa gembira kerana kos berkhatan dibiayai secara percuma UMNO Bahagian Gombak melibatkan seramai 21 kanak-kanak.

Meskipun ada segelintir kanak-kanak berasa bimbang namun keceriaan tetap terserlah pada wajah mereka.

Majlis berkhatan yang diadakan di Surau al-Falahiyah, Kampung Pasir, Hulu Kelang,  dimulai dengan semburan air kenderaan Pasukan Bomba dan Penyelamat  yang diketuai pegawai bertugas korporal Sharin Ahmad dari Ampang , Selangor bersama empat ahli bomba lain.

Turut memeriahkan suasana ini kehadiran Ketua UMNO Bahagian Gombak Haji Abdul Rahim Kamaluddin,   Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Aidinharis Annual, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Hulu Kelang Bukhari Mohd Thani, Pengerusi Surau al-Falahiyah Haji Badaruddin Aziz, Penasihat Surau al-Falahiyah Haji Mohd Razi Ayop dan penduduk Kampung Pasir, Hulu Kelang, Selangor.

Doktor Haji Mohd Khadzali Omar bersama dua lagi pembantunya dari Klinik Keluarga Dr Haji Mohd Khadzali Lembah Keramat, Kuala Lumpur, diberi tanggung jawab  menyempurnakan majlis berkhatan kanak-kanak terbabit.

Menurut Haji Abdul Rahim, maufakat  penduduk kampong ini memberi isyarat hubungan yang baik dan berharap kerjasama ini akan berterusan di dalam program-program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Gombak pada masa hadapan.






Pasukan Kompang Remaja dan Marhaban  Kampung Pasir, Hulu Kelang terdiri dari 13 Wanita turut menceriakan suasana dengan persembahan menghiburkan orang ramai sepanjang majlis berkhatan ini berlansung.

Rabu, 30 Oktober 2013

KELEBIHAN DAGING KAMBING

Info Sihat!



INILAH  tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat Islam terutamanya. Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

DAGING KAMBING ADALAH DAGING YANG PALING BAIK

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

PENGURAI KOLESTROL TEPU

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

PENCEGAH PENYAKIT DARAH TINGGI DAN OBESITI

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

MENCANTIKKAN KULIT

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

MENINGKATKAN RASA KASIH SAYANG DAN KEGEMBIRAAN

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Rabu, 23 Oktober 2013

Doa Malaikat...

Orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan
suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun
hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur
dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian
yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali
kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah
sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan
kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca(al-Fatihah).
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat
terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'amiin' kerana
sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan
diampuni dosanya yang lalu.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu
berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat,
di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pd saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang
sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada
siang hari tetap tinggal.
   "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang
ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan
malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah S.W.T bertanya kpd mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka, sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yg dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,malaikat itu berkata 'amiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi
harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya,
satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang
yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

BILAL MERAJUK ENGGAN AZAN …Bawa diri ke Syria setelah Rasulullah wafat

PADA waktu dhuha Isnin 12 Rabi’ul Awal 11H masuklah Fatimah Az-Zahra r.a ke kamar ayahnya sambil menangis. Biasanya setiap kali masuk Fatimah berdiri dan mencium di antara kedua mata Rasulullah, tetapi hari itu dia tidak mampu berdiri tatkala melihat keadaan ayahya sedang tenat.
Tidak lama kemudian masuklah Malaikat Jibril a.s menemui Nabi s.a.w seraya berkata: “Malaikat maut ada di pintu, minta izin untuk menemuimu. Dia tidak pernah meminta izin kepada sesiapapun sebelummu.”
Maka baginda berkata: “Izinkan untuknya wahai Jibrail.” Masuklah Malaikat Maut seraya berkata: “Assalamu’alaika wahai Rasulullah. Allah telah mengutusku untuk memberikan pilihan kepadamu antara tetap tinggal di dunia atau bertemu dengan Allah di Akhirat.”
Maka Nabi s.a.w bersabda: “Bahkan aku memilih Ar-Rafiqul A’la (Teman yang tertinggi), bahkan aku memilih Ar-Rafiqul A’la, bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para shiddiqiin, orang yang mati syahid dan orang soleh. Dan mereka itulah rafiq (teman) yang sebaik-baiknya.”
Berdirilah Malaikat Maut di kepala Nabi s.a.w dan berkata: “Wahai roh yang bagus, roh Muhammad ibn Abdillah, keluarlah menuju keredhaan Allah dan menuju Rabb yang redha dan tidak murka.”
Menurut Sayidatina ‘Aisyah ra: “Maka jatuhlah tangan Nabi s.a.w dan kepala baginda menjadi berat di atas dadaku, aku tahu baginda telah wafat.”
Sayidatina Aisyah ra meluru keluar dari kamar Rasulullah sambil meraung kesedihan menuju ke masjid di mana para sahabat menunggu lalu berkata: “Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat!”
Maka mengalirlah tangisan di dalam masjid. Ali bin Abi Thalib r.a terduduk kerana beratnya menerima berita sedih itu. ‘Usman bin Affan r.a seperti anak kecil menggerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri.
Adapun Umar bin al-Khattab r.a berkata: “Jika ada seseorang yang mengatakan Rasulullah s.a.w telah meninggal, akan ku potong kepalanya dengan pedangku, beliau hanya pergi menemui Rabb-Nya sebagaimana Musa a.s pergi untuk menemui Rabb-Nya.”
Adapun orang paling sabar adalah Abu Bakar r.a, dia masuk ke kamar Rasulullah s.a.w, memeluk baginda seraya berkata: “Wahai sahabatku, wahai kekasihku, wahai bapaku.” Kemudian dia mencium Nabi s.a.w dan berkata: “Anda mulia dalam hidup dan dalam keadaan mati.”
Keluarlah Abu Bakar menemui orang ramai dan berkata: “Barang siapa menyembah Muhammad, maka Muhammad sekarang telah wafat dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah kekal hidup dan tidak akan mati.”
Inna lillahi wainna ilaihi raji’un, telah kembali ke rahmat Allah orang yang paling mulia, yang paling kita cintai pada waktu dhuha hari Isnin 12 Rabiul Awal 11 H tepat pada usia 63 tahun lebih 4 hari.
Langit Madinah ketika itu mendung. Bukan mendung biasa, tetapi mendung tebal, suram dan kesedihan. Seluruh manusia bersedih, burung-burung enggan berkicau, daun dan mayang kurma enggan melambai, angin enggan berhembus, bahkan matahari enggan bersinar. Seakan-akan seluruh alam menangis kehilangan manusia yang diutus membawa rahmat sekalian alam.
Di satu sudut Masjid Nabawi kelihatan tubuh seorang lelaki berkulit hitam menangis tanpa mampu menahannya.
Waktu solat telah tiba Bilal bin Rabah, lelaki hitam itu, perlahan-lahan masuk ke dalam masjid untuk menunaikan tugasnya melaungkan azan.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar…”
Suara nyaring itu terdengar di seluruh Madinah. Orang ramai berpusu-pusu ke masjid dalam kesedihan. Mereka sedar Rasulullah yang selama ini mengimami mereka tidak akan muncul lagi.
“Asyhadu anla ilaha illallah, Asyhadu anla ilaha ilallah….”
Suara bening itu bergetar lagi. Penduduk Madinah bertanya-tanya, kenapa suara Bilal lain sekali? Jemaah yang berkumpul di masjid melihat tangan lelaki hitam itu bergetar tidak menentu.
“Asy…hadu.. an..na.. M..Mu..mu..hammmad…”
Suara bening itu tak lagi terdengar jelas. Seluruh tubuh Bilal gemetar tidak menentu, ia tidak sanggup lagi berdiri menghabiskan azan. Tidak semena-mena tubuh Bilal rebah. Wajahnya sembab. Air matanya mengalir deras,  tidak dapat ditahan-tahan lagi. Air matanya membasahi wajahnya, pipi, dagu, hingga jenggutnya basah. Tanah tempat Bilal berdiri becak akibat air matanya yang tumpah tidak henti-henti.
Dalam kesedihan itu Bilal bangun meneruskan kalimat azannya yang terputus itu.
“Asy…ha..du. .annna…”
Ohhh…Bilal benar-benar tidak mampu meneruskan azan. Tubuhnya terumbang-ambing. Longlai. Mujur para sahabat cepat menghampiri dan memeluknya bagi membolehkan dia meneruskan azan yang terputus.
Ketika itu bukan Bilal sahaja menangis, seluruh jemaah di Masjid Nabawi meratap kesedihan. Bahkan yang tidak ada di masjid juga ikut menangis apabila berita kewafatan Rasulullah cepat tersebar.
Tangisan Bilal lebih deras dari semua penduduk Madinah. Tak ada yang tahu  kenapa Bilal seperti itu, tapi Abu Bakar al-Shiddiq r.a tahu. Dia segera memapah Bilal keluar dari tempat azan.
Dalam tangisan itu Bilal terbayang kenangannya bersama Rasulullah s.a.w yang selalu memuliakannya di saat ia selalu terhina, hanya kerana ia budak hitam dari Afrika.
Dia teringat bagaimana Rasulullah s.a.w mencari jodohnya. Rasulullah meyakinkan keluarga wanita dengan berkata, “Bilal adalah pasangan dari syurga, nikahkanlah saudari perempuanmu dengannya.”
Bilal amat tersentuh mendengar sanjungan Nabi terhadapnya, seorang lelaki berkulit hitam dan tidak tampan.
Dia terkenang sikap Rasul yang begitu lembut dengannya, berkejar-kejaran ketika dia melaungkan azan. Bagaikan terdengar sabda Rasulullah: “Bilal, istirahatkanlah kami dengan solat.”
Kini sudah tak ada lagi suara lembut yang meminta istirahat dengan solat. Bilal teringat bagaimana dia menuju ke bilik Nabi di sebelah Masjid Nabawi setiap kali masuk waktu solat. Di depan pintu bilik Rasulullah, Bilal berkata, “Saat untuk solat, saat untuk meraih kemenangan. Wahai Rasulullah, saat untuk solat!”
Kini sudah tidak ada lagi lelaki mulia di bilik itu yang akan keluar dengan wajah yang ramah dan rasa terima kasih kerana mengingatkannya waktu solat.
Bilal teringat saat solat ‘Ied dan solat Istisqa’ ia selalu berjalan di depan. Rasulullah dengan tombak di tangan menuju tempat solat. Salah satu dari tiga tombak itu pemberian Raja Habsah kepada Rasulullah s.a.w. Satu diberikan Rasulullah kepada Umar bin Khattab, satu untuk dirinya sendiri dan satu ia berikan kepada Bilal.
Kini hanya tombak itu saja yang masih ada, tanpa diiringi lelaki mulia yang memberikan tombak itu kepadanya. Hati Bilal makin perit. Seluruh kenangan itu bertimpa-timpa datang, bercampur rasa rindu dan cinta yang amat sangat. Bilal sudah tidak tahan lagi. Ia tidak sanggup lagi untuk melaungkan azan.
Abu Bakar tahu perasaan Bilal. Ketika Bilal meminta izin untuk tidak melaungkan azan lagi, beliau mengizinkannya. Ketika Bilal meminta izin untuk meninggalkan Madinah, Abu Bakar juga mengizinkan. Bagi Bilal, setiap sudut kota Madinah selalu membangkitkan kenangan bersama Rasulullah. Jika berlama di Madinah semakin membuat dirinya merana kerana rindu.
Lalu Bilal memutuskan meninggalkan Madinah pergi ke Damsyid bergabung dengan para mujahidin. Madinah semakin berduka. Setelah ditinggal al-Musthafa, kini mereka ditinggal lelaki hitam yang memiliki hati yang suci.
Mulanya Abu Bakar merasa ragu untuk membenarkan Bilal keluar dari  Madinah, namun Bilal mendesaknya seraya berkata, “Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri, maka engkau berhak menahanku, tapi jika engkau telah memerdekakanku kerana Allah, maka biarkanlah aku bebas menuju kepada-Nya.”
Abu Bakar menjawab: “Demi Allah, aku benar-benar membelimu untuk Allah dan aku memerdekakanmu juga kerana Allah.”
Bilal menyahut, “Kalau begitu, aku tidak akan melaungkan azan untuk siapa pun setelah Rasulullah s.a.w wafat.”
Bilal meninggalkan Madinah bersama pasukan pertama yang dikirim oleh Abu Bakar. Dia tinggal di daerah Darayya tidak jauh dari kota Damsyid. Bilal benar-benar nekad tidak mahu melaungkan azan sehinggalah Umar Al- Khattab datang menemuinya di Syam setelah terpisah cukup lama.
Umar memujuk Bilal supaya kembali melaungkan azan, namun Bilal menolak. Tetapi bukan Umar namanya jika khalifah kedua itu mudah mengalah.
“Hanya sekali,” pujuk Umar. “Ini semua untuk umat. Umat yang dicintai Muhammad, umat yang dipanggil Muhammad saat sakaratul mautnya. Begitu besar cintamu kepada Muhammad, maka tidakkah engkau cinta pada umat yang dicintai Muhammad?” Bilal amat tersentuh dengan kata-kata Umar. Akhirnya ia setuju kembali melaungkan azan. Tapi hanya sekali, pada waktu Subuh..
Saat Bilal melaungkan azan pun tiba.
Berita itu sudah tersiar ke seluruh negeri. Ratusan hingga ribuan Muslimin membanjiri Masjid Nabawi demi mendengar kembali suara bening yang legen itu.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar…”
“Asyhadu anla ilaha illallah, Asyhadu anla ilaha illallah…”
“Asyhadu anna Muhammadarrasulullah…”
Sampai di sini Bilal berjaya menguatkan dirinya. Laungan azan kali ini benar-benar berirama dengan kerinduan Bilal terhadap Rasulullah. Suara Bilal itu begitu menyentuh hati, merasuk ke dalam jiwa, rasa terubat kerinduan terhadap Rasulullah. Semua jemaah yang hadir dan mendengarnya menangis secara spontan.
“Asyhadu anna Muhammadarrasulullah…”
Kini getaran resonansinya semakin kuat. Menghanyutkan Bilal dan para jamaah di kolam rindu yang tak berujung. Tangis rindu semakin menjadi-jadi. Bumi Arab kala itu kembali basah akan air mata.
“Hayya ‘alash-shalah, hayya ‘alasy-syolah…”
Tak ada yang tidak mendengar seruan itu kecuali ia berangkat menuju masjid.
“Hayya `alal-falah, hayya `alal-falah…”
Seruan kebangkitan dan harapan berkumandang. Optimis dan harapan kaum Muslimin meningkat.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar…”
Allah-lah yang Maha Besar, Maha Perkasa dan Maha Berkehendak. Masihkah kau takut kepada selain-Nya? Masihkah kau berani menentang perintah-Nya?
“La ilaha illallah…”
Tiada tuhan selain ALLAH. Jika engkau bertuhankan Muhammad, ketahuilah bahwa ia telah wafat. ALLAH Maha Hidup dan tak pernah mati. - Dipetik dari akhbar Mingguan Warta Perdana 


Isnin, 21 Oktober 2013

Aqiqah dan cukur jambul Ratuku Raisha







MAJLIS aqiqah dan cukur jambul RatuKu Raisha Mohamad Razip yang baru berusia dua bulan selamat diadakan pada 20 Oktober lalu di rumah opahnya, Puan Siti di Lot 1106 Jalan Haji Mokhtar Hujung, Hulu Kelang.
Ramai tetamu hadir di majlis ini antaranya ahli jawatankuasa Surau Al-Falahiyah yang diketuai Pengerusinya Haji Badaruddin Abd Aziz selain Imam Surau Al-Falahiyah Haji Abdul Saen @ Ramli Ahmad dan ahli jawatan kuasa lain.
Turut hadir YB Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Kelang Faizul dan rakan-rakan dari NGO Keramat iaitu Espanco.
Menurut ibu Ratuku Raisha, Puan Syura Mohamad, bersyukur majlis sederhana yang diadakan ini meriah dengan kehadiran ramai tetamu.

MINUM PETANG DI LAMAN KEDIAMAN HAJI HASHIM MERIAH

PETANG yang tenang di laman kediaman Haji Hashim, diceriakan dengan kehadiran ahli jawatankuasa Surau Al-Falahiyah dan kariah surau bagi memenuhi undangan Haji Hashim.
Paling menarik tuan rumah  menyediakan  minum petang berupa capati, laksa,  popiah, kueh-mueh, teh tarik dan sebagainya. Terima kasih atas layanan mesra yang diberikan sepanjang berada di majlis ini.
Turut hadir Tuan Nazir Masjid Al-Ridhuan Haji Fauzi yang sekaligus memeriahkan majlis santai ini yang diadakan selepas solat Asar.








Sabtu, 19 Oktober 2013

Makan Malam & Majlis Doa Kesyukuran Di Kediaman Haji Mohd Razi Tok Empat & Penasihat Surau Al-Falahiyah

ASSALAM. Ramai tetamu memenuhi undangan mengisi ruang tamu kediaman Tok Empat Kampung Pasir Hulu Kelang sempena majlis jamuan doa  kesyukuran yang diadakan oleh tuan rumah Haji Mohd Razi Ayob pada malam 18 Oktober lalu.
Antara tetamu yang hadir yang berbahagia Tuan Haji Fauzi Nazir Masjid Al Ridhuan, Datuk Zulkifli pengusaha minuman Kopi Hang Tuah, Imam Surau Al-Falahiyah Tuan Haji Abdul Saen @ Ramli Ahmad dan kariah dari  Surau Al-Falahiyah.
Selamat majlis doa kesyukuran tetamu dihidangkan dengan juadah membuka selera selain buah-buahan seperti duku langsat selain teh tarik. Semoga rezeki yang diperolehi akan terus dikongsi sebagai tanda bersyukur kepada yang Maha Pemurah. Amien.
Foto-foto rakaman di majlis yang ceria dengan gelak tawa sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim...




Khamis, 17 Oktober 2013

Tahniah! Bukhari Mohd Thani Kini AJK Pemuda UMNO Bahagian Gombak bagi penggal 2013-2016

Assalam. Pertama-tamanya tahniah kepada saudara  Bukhari Mohd Thani yang terpilih menganggotai ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang baru bagi penggal 2013-2016, dengan mendapat  undian tertinggi sebanyak 287 undi semasa persidangan pergerakan pemuda pada 12 Oktober lalu. Saudara Bukhari juga Ketua UMNO cawangan Hulu Kelang. Karyawan blogger Surau Al-Falahiyah Kampung Pasir Hulu Kelang merasa bangga dengan kejayaan ini.
Semoga beliau terus menjayakan agenda dan visi serta misi sebagai Pemuda UMNO Gombak selepas ini dengan bekerja lebih keras demi membela anak-anak bangsa menjadi warga yang ditauladani oleh semua golongan.
Insya-allah temubual dengan beliau akan secara inklusif akan diadakan untuk siaran akhbar Mingguan Warta Perdana, minggu depan.


Muka Hadapan Edisi Terkini Mingguan Warta Perdana

Assalam. Muka hadapan  dan belakang edisi terkini akhbar Mingguan Warta Perdana yang kini sudahpun berada di pasaran yang terus mendapat sambutan hebat dari pembaca...dapatkan naskah ini di permis berhampiran dan terima kasih atas sokongan pembaca yang budiman.

16 ekor lembu ibadah korban meriahkan sambutan Aidul Adha 1434 Hijrah

TAKBIR Allahuakbar  dimulai oleh  Penasihat Surau Al Falahiyah, Kampung Pasir Hulu Kelang, Haji Mohd Razi Ayob mengiringi penyembelihan 16 ekor lembu yang ditempah khas dari Rantau Panjang, Meru, Selangor untuk ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidul Adha pada 1434 Hijrah kali ini.  
Menurut Setiausaha Surau Al-Falahiyah, Saudara Meor Mohd Shariff jumlah lembu yang dikorbankan pada tahun ini, meningkat daripada jumlah lembu korban pada tahun lalu iaitu tiga ekor.
Imam Surau Al-Falahiyah Ustaz Haji Abdul Saen @ Ramli Ahmad, Haji Salleh dan Ustaz Zainol, menyempurnakan  penyembelihan kesemua lembu korban yang disaksikan penduduk Kampung Pasir yang turut sama bertakbir.
Majlis ibadah korban diakhiri   dengan penyerahan daging-daging korban kepada penduduk Kampung Pasir Hulu Kelang,  menerusi kupon berwarna biru dan merah  untuk pekerja.
Turut hadir di majlis ini pengarah filem Saya Amat Menyintaimu (SAM) Syafiq Datuk Yusof Haslam bersama sepupunya yang turut mengambil bahagian melapah.
Syafiq ketika ditemui berkata sumbangan lembu korban ini kerana mahu berkongsi rezeki dan akan diteruskan pada tahun hadapan.
Ikuti temubual bersama Syafiq dalam videoklip.
Hadir sama saudara Bukhari Mohd Thani AJK Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang baru terpilih bagi penggal 2013-2016, dengan undian tertinggi sebanyak 287 undi semasa persidangan pergerakan pemuda pada 12 Oktober lalu. Saudara Bukhari juga Ketua UMNO cawangan Hulu Kelang. 
Majlis ini yang mendapat komitmen kaum ibu dan kanak-kanak, bersama-sama melapah dan membungkus daging-daging korban yang disifatkan oleh saudara Abu Zahrin sebagai mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam.
Menurut Abu Zahrin, kaum wanita di tempatnya, hanya sibuk menyediakan masakan tengah hari dan bukannya memotong daging korban.
Paling dinanti-nantikan ialah juadah sup istimewa tulang lembu korban seperiuk besar dari resipi kaum ibu   sentiasa mendapat sambutan hangat warga Kampung Pasir, Hulu Kelang.