TAKBIR
Allahuakbar dimulai oleh Penasihat Surau Al Falahiyah, Kampung Pasir
Hulu Kelang, Haji Mohd Razi Ayob mengiringi penyembelihan 16 ekor lembu yang
ditempah khas dari Rantau Panjang, Meru, Selangor untuk ibadah korban sempena
sambutan Hari Raya Aidul Adha pada 1434 Hijrah kali ini.
Menurut Setiausaha Surau Al-Falahiyah,
Saudara Meor Mohd Shariff jumlah lembu yang dikorbankan pada tahun ini,
meningkat daripada jumlah lembu korban pada tahun lalu iaitu tiga ekor.
Imam Surau
Al-Falahiyah Ustaz Haji Abdul Saen @ Ramli Ahmad, Haji Salleh dan Ustaz Zainol,
menyempurnakan penyembelihan kesemua
lembu korban yang disaksikan penduduk Kampung Pasir yang turut sama bertakbir.
Majlis ibadah
korban diakhiri dengan penyerahan
daging-daging korban kepada penduduk Kampung Pasir Hulu Kelang, menerusi kupon berwarna biru dan merah untuk pekerja.
Turut hadir di
majlis ini pengarah filem Saya Amat Menyintaimu (SAM) Syafiq Datuk Yusof Haslam
bersama sepupunya yang turut mengambil bahagian melapah.
Syafiq ketika
ditemui berkata sumbangan lembu korban ini kerana mahu berkongsi rezeki dan
akan diteruskan pada tahun hadapan.
Ikuti temubual
bersama Syafiq dalam videoklip.
Hadir sama
saudara Bukhari Mohd Thani AJK Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang baru terpilih
bagi penggal 2013-2016, dengan undian tertinggi sebanyak 287 undi semasa
persidangan pergerakan pemuda pada 12 Oktober lalu. Saudara Bukhari juga Ketua
UMNO cawangan Hulu Kelang.
Majlis ini yang
mendapat komitmen kaum ibu dan kanak-kanak, bersama-sama melapah dan membungkus
daging-daging korban yang disifatkan oleh saudara Abu Zahrin sebagai mengeratkan
ukhuwah sesama umat Islam.
Menurut Abu
Zahrin, kaum wanita di tempatnya, hanya sibuk menyediakan masakan tengah hari
dan bukannya memotong daging korban.
Paling
dinanti-nantikan ialah juadah sup istimewa tulang lembu korban seperiuk besar
dari resipi kaum ibu sentiasa mendapat
sambutan hangat warga Kampung Pasir, Hulu Kelang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan