Orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang tidur dalam
keadaan
suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia
tidak akan bangun
hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si
fulan kerana tidur
dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah
seorang antara kalian
yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan
suci, kecuali
kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah
ia. Ya Allah
sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya
Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada
saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak
membiarkan
kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya
Allah dan kalangan
malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung
saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam
selesai membaca(al-Fatihah).
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang
imam membaca...(ayat
terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu
'amiin' kerana
sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan
malaikat, dia akan
diampuni dosanya yang lalu.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan
solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan
malaikat akan selalu
berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam
tempat solat,
di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara
berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan
malaikat berkumpul pd saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba)
pada malam hari (yang
sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit)
dan malaikat pada
siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada
waktu solat Asar dan malaikat yang
ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke
langit) sedangkan
malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
Allah S.W.T bertanya kpd mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan
hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang
melakukan solat dan kami tinggalkan mereka, sedangkan mereka sedang melakukan
solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang
yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang
Muslim untuk saudaranya yg dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya
adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang
menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah
kebaikan,malaikat itu berkata 'amiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia
dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari
pun di mana pagi
harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat
turun kepadanya,
satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah
ganti bagi orang
yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya
Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan
sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah
seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat
untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di
waktu malam hingga Subuh."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan