ASSALAM. Ramai tetamu memenuhi undangan mengisi ruang tamu kediaman Tok Empat Kampung Pasir Hulu Kelang sempena majlis jamuan doa kesyukuran yang diadakan oleh tuan rumah Haji Mohd Razi Ayob pada malam 18 Oktober lalu.
Antara tetamu yang hadir yang berbahagia Tuan Haji Fauzi Nazir Masjid Al Ridhuan, Datuk Zulkifli pengusaha minuman Kopi Hang Tuah, Imam Surau Al-Falahiyah Tuan Haji Abdul Saen @ Ramli Ahmad dan kariah dari Surau Al-Falahiyah.
Selamat majlis doa kesyukuran tetamu dihidangkan dengan juadah membuka selera selain buah-buahan seperti duku langsat selain teh tarik. Semoga rezeki yang diperolehi akan terus dikongsi sebagai tanda bersyukur kepada yang Maha Pemurah. Amien.
Foto-foto rakaman di majlis yang ceria dengan gelak tawa sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan