PADA
waktu dhuha Isnin 12 Rabi’ul Awal 11H masuklah Fatimah Az-Zahra r.a ke kamar
ayahnya sambil menangis. Biasanya setiap kali masuk Fatimah berdiri dan mencium
di antara kedua mata Rasulullah, tetapi hari itu dia tidak mampu berdiri
tatkala melihat keadaan ayahya sedang tenat.
Tidak
lama kemudian masuklah Malaikat Jibril a.s menemui Nabi s.a.w seraya berkata:
“Malaikat maut ada di pintu, minta izin untuk menemuimu. Dia tidak pernah
meminta izin kepada sesiapapun sebelummu.”
Maka
baginda berkata: “Izinkan untuknya wahai Jibrail.” Masuklah Malaikat Maut
seraya berkata: “Assalamu’alaika wahai Rasulullah. Allah telah mengutusku untuk
memberikan pilihan kepadamu antara tetap tinggal di dunia atau bertemu dengan
Allah di Akhirat.”
Maka
Nabi s.a.w bersabda: “Bahkan aku memilih Ar-Rafiqul A’la (Teman yang
tertinggi), bahkan aku memilih Ar-Rafiqul A’la, bersama-sama dengan orang yang
dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para shiddiqiin, orang yang mati
syahid dan orang soleh. Dan mereka itulah rafiq (teman) yang sebaik-baiknya.”
Berdirilah
Malaikat Maut di kepala Nabi s.a.w dan berkata: “Wahai roh yang bagus, roh
Muhammad ibn Abdillah, keluarlah menuju keredhaan Allah dan menuju Rabb yang
redha dan tidak murka.”
Menurut
Sayidatina ‘Aisyah ra: “Maka jatuhlah tangan Nabi s.a.w dan kepala baginda
menjadi berat di atas dadaku, aku tahu baginda telah wafat.”
Sayidatina
Aisyah ra meluru keluar dari kamar Rasulullah sambil meraung kesedihan menuju
ke masjid di mana para sahabat menunggu lalu berkata: “Rasulullah telah wafat,
Rasulullah telah wafat, Rasulullah telah wafat!”
Maka
mengalirlah tangisan di dalam masjid. Ali bin Abi Thalib r.a terduduk kerana
beratnya menerima berita sedih itu. ‘Usman bin Affan r.a seperti anak kecil
menggerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri.
Adapun
Umar bin al-Khattab r.a berkata: “Jika ada seseorang yang mengatakan Rasulullah
s.a.w telah meninggal, akan ku potong kepalanya dengan pedangku, beliau hanya
pergi menemui Rabb-Nya sebagaimana Musa a.s pergi untuk menemui Rabb-Nya.”
Adapun
orang paling sabar adalah Abu Bakar r.a, dia masuk ke kamar Rasulullah s.a.w,
memeluk baginda seraya berkata: “Wahai sahabatku, wahai kekasihku, wahai
bapaku.” Kemudian dia mencium Nabi s.a.w dan berkata: “Anda mulia dalam hidup
dan dalam keadaan mati.”
Keluarlah
Abu Bakar menemui orang ramai dan berkata: “Barang siapa menyembah Muhammad,
maka Muhammad sekarang telah wafat dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka
sesungguhnya Allah kekal hidup dan tidak akan mati.”
Inna
lillahi wainna ilaihi raji’un, telah kembali ke rahmat Allah orang yang paling
mulia, yang paling kita cintai pada waktu dhuha hari Isnin 12 Rabiul Awal 11 H
tepat pada usia 63 tahun lebih 4 hari.
Langit
Madinah ketika itu mendung. Bukan mendung biasa, tetapi mendung tebal, suram
dan kesedihan. Seluruh manusia bersedih, burung-burung enggan berkicau, daun
dan mayang kurma enggan melambai, angin enggan berhembus, bahkan matahari
enggan bersinar. Seakan-akan seluruh alam menangis kehilangan manusia yang
diutus membawa rahmat sekalian alam.
Di
satu sudut Masjid Nabawi kelihatan tubuh seorang lelaki berkulit hitam menangis
tanpa mampu menahannya.
Waktu
solat telah tiba Bilal bin Rabah, lelaki hitam itu, perlahan-lahan masuk ke
dalam masjid untuk menunaikan tugasnya melaungkan azan.
“Allahu
Akbar, Allahu Akbar…”
Suara
nyaring itu terdengar di seluruh Madinah. Orang ramai berpusu-pusu ke masjid
dalam kesedihan. Mereka sedar Rasulullah yang selama ini mengimami mereka tidak
akan muncul lagi.
“Asyhadu
anla ilaha illallah, Asyhadu anla ilaha ilallah….”
Suara
bening itu bergetar lagi. Penduduk Madinah bertanya-tanya, kenapa suara Bilal
lain sekali? Jemaah yang berkumpul di masjid melihat tangan lelaki hitam itu
bergetar tidak menentu.
“Asy…hadu..
an..na.. M..Mu..mu..hammmad…”
Suara
bening itu tak lagi terdengar jelas. Seluruh tubuh Bilal gemetar tidak menentu,
ia tidak sanggup lagi berdiri menghabiskan azan. Tidak semena-mena tubuh Bilal
rebah. Wajahnya sembab. Air matanya mengalir deras, tidak dapat ditahan-tahan lagi. Air matanya
membasahi wajahnya, pipi, dagu, hingga jenggutnya basah. Tanah tempat Bilal
berdiri becak akibat air matanya yang tumpah tidak henti-henti.
Dalam
kesedihan itu Bilal bangun meneruskan kalimat azannya yang terputus itu.
“Asy…ha..du.
.annna…”
Ohhh…Bilal
benar-benar tidak mampu meneruskan azan. Tubuhnya terumbang-ambing. Longlai.
Mujur para sahabat cepat menghampiri dan memeluknya bagi membolehkan dia
meneruskan azan yang terputus.
Ketika
itu bukan Bilal sahaja menangis, seluruh jemaah di Masjid Nabawi meratap
kesedihan. Bahkan yang tidak ada di masjid juga ikut menangis apabila berita
kewafatan Rasulullah cepat tersebar.
Tangisan
Bilal lebih deras dari semua penduduk Madinah. Tak ada yang tahu kenapa Bilal seperti itu, tapi Abu Bakar
al-Shiddiq r.a tahu. Dia segera memapah Bilal keluar dari tempat azan.
Dalam
tangisan itu Bilal terbayang kenangannya bersama Rasulullah s.a.w yang selalu
memuliakannya di saat ia selalu terhina, hanya kerana ia budak hitam dari
Afrika.
Dia
teringat bagaimana Rasulullah s.a.w mencari jodohnya. Rasulullah meyakinkan
keluarga wanita dengan berkata, “Bilal adalah pasangan dari syurga, nikahkanlah
saudari perempuanmu dengannya.”
Bilal
amat tersentuh mendengar sanjungan Nabi terhadapnya, seorang lelaki berkulit
hitam dan tidak tampan.
Dia
terkenang sikap Rasul yang begitu lembut dengannya, berkejar-kejaran ketika dia
melaungkan azan. Bagaikan terdengar sabda Rasulullah: “Bilal, istirahatkanlah
kami dengan solat.”
Kini
sudah tak ada lagi suara lembut yang meminta istirahat dengan solat. Bilal
teringat bagaimana dia menuju ke bilik Nabi di sebelah Masjid Nabawi setiap
kali masuk waktu solat. Di depan pintu bilik Rasulullah, Bilal berkata, “Saat
untuk solat, saat untuk meraih kemenangan. Wahai Rasulullah, saat untuk solat!”
Kini
sudah tidak ada lagi lelaki mulia di bilik itu yang akan keluar dengan wajah
yang ramah dan rasa terima kasih kerana mengingatkannya waktu solat.
Bilal
teringat saat solat ‘Ied dan solat Istisqa’ ia selalu berjalan di depan.
Rasulullah dengan tombak di tangan menuju tempat solat. Salah satu dari tiga
tombak itu pemberian Raja Habsah kepada Rasulullah s.a.w. Satu diberikan
Rasulullah kepada Umar bin Khattab, satu untuk dirinya sendiri dan satu ia
berikan kepada Bilal.
Kini
hanya tombak itu saja yang masih ada, tanpa diiringi lelaki mulia yang
memberikan tombak itu kepadanya. Hati Bilal makin perit. Seluruh kenangan itu
bertimpa-timpa datang, bercampur rasa rindu dan cinta yang amat sangat. Bilal
sudah tidak tahan lagi. Ia tidak sanggup lagi untuk melaungkan azan.
Abu
Bakar tahu perasaan Bilal. Ketika Bilal meminta izin untuk tidak melaungkan
azan lagi, beliau mengizinkannya. Ketika Bilal meminta izin untuk meninggalkan
Madinah, Abu Bakar juga mengizinkan. Bagi Bilal, setiap sudut kota Madinah
selalu membangkitkan kenangan bersama Rasulullah. Jika berlama di Madinah
semakin membuat dirinya merana kerana rindu.
Lalu
Bilal memutuskan meninggalkan Madinah pergi ke Damsyid bergabung dengan para
mujahidin. Madinah semakin berduka. Setelah ditinggal al-Musthafa, kini mereka
ditinggal lelaki hitam yang memiliki hati yang suci.
Mulanya
Abu Bakar merasa ragu untuk membenarkan Bilal keluar dari Madinah, namun Bilal mendesaknya seraya
berkata, “Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri, maka
engkau berhak menahanku, tapi jika engkau telah memerdekakanku kerana Allah,
maka biarkanlah aku bebas menuju kepada-Nya.”
Abu
Bakar menjawab: “Demi Allah, aku benar-benar membelimu untuk Allah dan aku
memerdekakanmu juga kerana Allah.”
Bilal
menyahut, “Kalau begitu, aku tidak akan melaungkan azan untuk siapa pun setelah
Rasulullah s.a.w wafat.”
Bilal
meninggalkan Madinah bersama pasukan pertama yang dikirim oleh Abu Bakar. Dia tinggal
di daerah Darayya tidak jauh dari kota Damsyid. Bilal benar-benar nekad tidak
mahu melaungkan azan sehinggalah Umar Al- Khattab datang menemuinya di Syam
setelah terpisah cukup lama.
Umar
memujuk Bilal supaya kembali melaungkan azan, namun Bilal menolak. Tetapi bukan
Umar namanya jika khalifah kedua itu mudah mengalah.
“Hanya
sekali,” pujuk Umar. “Ini semua untuk umat. Umat yang dicintai Muhammad, umat
yang dipanggil Muhammad saat sakaratul mautnya. Begitu besar cintamu kepada
Muhammad, maka tidakkah engkau cinta pada umat yang dicintai Muhammad?” Bilal
amat tersentuh dengan kata-kata Umar. Akhirnya ia setuju kembali melaungkan
azan. Tapi hanya sekali, pada waktu Subuh..
Saat
Bilal melaungkan azan pun tiba.
Berita
itu sudah tersiar ke seluruh negeri. Ratusan hingga ribuan Muslimin membanjiri
Masjid Nabawi demi mendengar kembali suara bening yang legen itu.
“Allahu
Akbar, Allahu Akbar…”
“Asyhadu
anla ilaha illallah, Asyhadu anla ilaha illallah…”
“Asyhadu
anna Muhammadarrasulullah…”
Sampai
di sini Bilal berjaya menguatkan dirinya. Laungan azan kali ini benar-benar
berirama dengan kerinduan Bilal terhadap Rasulullah. Suara Bilal itu begitu
menyentuh hati, merasuk ke dalam jiwa, rasa terubat kerinduan terhadap
Rasulullah. Semua jemaah yang hadir dan mendengarnya menangis secara spontan.
“Asyhadu
anna Muhammadarrasulullah…”
Kini
getaran resonansinya semakin kuat. Menghanyutkan Bilal dan para jamaah di kolam
rindu yang tak berujung. Tangis rindu semakin menjadi-jadi. Bumi Arab kala itu
kembali basah akan air mata.
“Hayya
‘alash-shalah, hayya ‘alasy-syolah…”
Tak
ada yang tidak mendengar seruan itu kecuali ia berangkat menuju masjid.
“Hayya
`alal-falah, hayya `alal-falah…”
Seruan
kebangkitan dan harapan berkumandang. Optimis dan harapan kaum Muslimin
meningkat.
“Allahu
Akbar, Allahu Akbar…”
Allah-lah
yang Maha Besar, Maha Perkasa dan Maha Berkehendak. Masihkah kau takut kepada
selain-Nya? Masihkah kau berani menentang perintah-Nya?
“La
ilaha illallah…”
Tiada
tuhan selain ALLAH. Jika engkau bertuhankan Muhammad, ketahuilah bahwa ia telah
wafat. ALLAH Maha Hidup dan tak pernah mati. - Dipetik dari akhbar Mingguan Warta Perdana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan