ANAK pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam yang juga pengarah muda filem Saya Amat Menyintaimu (SAM) Syafiq Datuk Yusof Haslam menyumbang seekor lembu untuk dikorbankan pada sambutan Aidul Adha pada tahun ini.
Syafiq yang turut mengambil bahagian melapah ketika
ditemui berkata sumbangan lembu korban ini kerana mahu berkongsi rezeki yang diperolehinya dan dia akan meneruskan sumbangan tersebut pada tahun hadapan.
"Insya-Allah, saya meneruskan aktiviti ibadah korban ini pada tahun depan," kata Syafiq ketika ditemui di lokasi penyembelihan lembu korban di Kampung Pasir, Hulu Kelang, Selangor.
Lihatlah aksi gambar-gambar beliau di tapak penyembelihan.
Turut mendapat liputan peristiwa ini, kru stesen TV nt7 yang menyiarkan siarannya pada 15 Oktover lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan